Monday, February 11, 2013
Sunday, February 10, 2013
Pakai Masker Sebelum Tidur
Posted by Unknown on 2:11 AM. - No comments
Salam readers !
Nur rasa nie post terakhir untuk hari nie sebelum nur beradu, bukan apa hari nie agak penat sikit, pergi jalan-jalan dekat Jusco Rawang siang tadi .
Masa Nur jalan degan Girlfriend nur ,kiteorang singgah la Guardians, sekali dia bagitau yang saya kene pakai masker bukan apa just untuk jaga kulit dari tak jaga langsung .
Saturday, February 9, 2013
Friday, February 8, 2013
Kepulangan Yang Di Nanti
Posted by Unknown on 11:20 AM. - No comments
Salam readers !
yey ! hari nie hari yang telah lama semua student high school or IPT nantikan iaitu CUTI Tahun Baru Cina . . . Akhirnya dapat juga nur pulang ke kampung halaman di negeri kesayangan nur, Johor Darul Takzim.
Terasa dah terlalu hati ni nak jumpa parents,adik beradik and anak buah yang selamat dilahirkan oleh akak aku... geram nak tengok baby tu sebab sebelum nie tengok dalam gambar jer . . ^_^
Misteri Villa Nabila di Danga Bay
Posted by Unknown on 9:20 AM. - No comments
Salam readers!
Harinie saya nak cerita sikit cerita seram yang terdapat di negeri Johor Darul Takzim , hope kita boleh share2 pengalaman yang menyeramkan dalam blog ini.
Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Thursday, February 7, 2013
Ben Ashaari Idola Blogger
Posted by Unknown on 11:11 AM. - 2 comments
Salam readers !
kali nie Nur just nak share dengan readers lain apa yang saya rase sebenarnya dalam dunia berblog nie . As we known, berblog merupakan salah satu cara untuk seseorang itu menyampaikan idealogi mereka sendiri mengikut penulisan masing-masing, ade juga yang menganggap blog sebagai tempat meluahkan perasaan , semua itu benar dan saya tak kata salah kerana dunia berblog ni adalah hak milik kita , namun perlu diingat bahawa jangan sampai melanggar etika sebagai seorang blogger .
Pengguna Facebook Di Santau
Posted by Unknown on 10:09 AM. - No comments
SALAM 1 MALAYSIA kepada semua reades...
hahaa...hari nie nur nak bawakan satu lagi info yang perlu kita semua tahu.jika anda berasa tidak setuju dengan artikel ini sila komen yer...
kalu nak copy boleh..TAPI jangan lupa kreditkan kepada NUR balik
harap kawan-kawan nur khususnya SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU boleh komen untuk sokong cerita nur ini...
Awak Kita Perlu Berbincang
Posted by Unknown on 4:00 AM. - No comments
hellO readers,tengah blogwalking ea.. :)
Nur doakan korang sumer temui ape yang dicari tu yer...
Malam nie Nur bosan same macam malam semalam dan disebabkan kebosanan itulah Nur teRAJIN cikit malam nie nak tulis satu artikel Cinta khusus untuk Pasangan berCINTA diluar sana.
anda juga kemungkinan meminati :
CINTA : kenapa awak x faham saya !!!!
Kenapa Awak Tak Faham Saya
Posted by Unknown on 12:33 AM. - No comments
ASSALAMUALAIKUM hai kepada semua pembaca blog nur.
hari ni nur rase nur nak tulis mengenai LELAKI dan PEREMPUAN.aApe yang Nur bakal sampaikan adalah memalui pengalaman dan juga Fakta yang telah sahkan dan kebanyakan yang ditulis dalam artikel ini adelah hasil perkongsian ILMU dari my GF...^^ ok Anda merupakan seorang pasangan bercinta?
pernah tak pasangan anda berkata :
AWAK,KENAPA AWAK SELALU DAN TAK PERNAH FAHAM
Wednesday, February 6, 2013
Mengatasi Masalah Senggugut
Posted by Unknown on 8:47 PM. - No comments
Apakah punca senggugut?
Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu.
Masalah Remaja Dan Seks
Posted by Unknown on 11:22 AM. - No comments
Masalah seksual remaja dekad ini sudah menjadi satu perkara yang amat membimbangkan. Lebih membimbangkan remaja kini terlibat dengan salah laku seksual seawal usia 11 tahun. Justeru, artikel ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti sama ada remaja perempuan dan lelaki cenderung melakukan hubungan seks di atas dasar cinta atau nafsu.Artikel ini hanyalah pandangan saya mengenai remaja pada hari ini.
Memang seks amat diperlukan dalam kehidupan kita sebagai manusia. Itu merupakan fitrah hidup. Tetapi pada hari ini saya ingin membincangkan bersama anda mengenai ' REMAJA & SEKS'. Seperti yang kita tahu, pada hari ini , berita mengenai seks acap kali memenuhi dada-dada akhbar . Sekaligus menjadikan topik ini hangat untuk diberi perhatian.
Permasalahan yang berlaku sekarang adalah remaja melakukan seks atas dasar cinta atau nafsu. Pada saya, ianya melibatkan kedua-duanya sekali tetapi ada juga sebilangan mereka melakukan seks adalah atas dasar nafsu sahaja . Ini kerana dalam alam remaja inilah mereka memiliki naluri ingin tahu yang sangat kuat sehingga berani melakukan aksi-aksi ranjang sedemikian. Walaupun sering di nasihati bahawa hubungan kelamin sebelum nikah itu adalah haram , tetapi dorongan nafsu yang kuat tidak mampu menahan godaan tersebut.
Dalam situasi ini, kita tidak boleh menyalahkan sebelah pihak sahaja, tetapi wajar menyalahkan kedua-dua belah pihak iaitu : teman lelaki & wanita itu sendiri. Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Lelaki amat mahir dalam tugas pujuk rayu manakala perempuan akan lemah jika terus digoda dan digoda.
Selain itu , antara faktor dominan yang menyumbang kepada masalah ini adalah kemudahan mengakses ke laman web porno dan sebagainya. Di sini saya ingin menyatakan bahawa semakin tinggi tahap teknologi semakin banyak kebaikan dan keburukan yang kita terima. Ia juga bergantung pada diri kita sendiri dalam penggunaan teknologi. Laman web lucah ini akan memaparkan gambar-gambar, video yang memperlihatkan aksi-aksi yang memberahikan penontonnya.
Jadi apa pula pendapat anda mengenai 'REMAJA DAN SEKS'. saya harap anda dapat berkongsi input dalam situasi ini unuk kebergunaan kita bersama. sekian
3 Cara Atasi Ejakulasi Pramatang
Posted by Unknown on 11:07 AM. - No comments
Jika anda selalu mengalami ejakulasi pramatang ketika melakukan hubungan seks, anda jangan bersedih atau risau kerana ada jalan penyelesaian untuk anda. Ejakulasi pramatang terjadi bukanlah terjadi kerana anda tidak ada tenaga batin yang tinggi. Ia terjadi kerana anda kurang ilmu untuk mengatasinya. Berikut saya tunjukkan anda tiga cara untuk hentikan situasi ejakulasi pramatang yang menganggu anda.
Cara pertama: Kawal nafsu yang membuak–buak.
Anda mengalami ejakulasi pramatang kerana anda terlalu fokus untuk keluarkan air mani anda berbanding menikmat hubungan seks. Jadi, apabila anda mengadakan hubungan seks dengan isteri, anda fokus untuk puaskan pasangan anda. Melalui ini, anda boleh alihkan perhatian minda anda untuk alami orgasm sahaja.
Apabila nafsu anda tidak lagi terkawal dan isteri anda pula belum datang inzalnya, anda tarik zakar anda dahulu dan tahan ia dari mengeluarkan air mani. Sambil itu, anda teruskan rangasangan terhadap isteri anda. Apabila anda sudah boleh kawal, anda masukkan kembali zakar dan teruskan dayungan.
Cara kedua: Tenang dan relaks.
Jangan terlalu gelojoh dan gelabah ketika melakukan hubungan seks. Tenangkan diri dan nikmati hubungan seks yang anda sedang jalani itu dengan sebaik–baiknya. Terapkan perasaan cinta dan sayang pada isteri anda pada setiap sentuhan dan ciuman yang anda lakukan. Apabila anda tenang, anda pasti tidak akan alami ejakulasi pramatang.
Cara ketiga: Mengaku kelemahan diri.
Anda perlu akui anda ada masalah untuk kawal ejakulasi. Dari pengakuan ini, minda anda akan lebih terbuka untuk menerima ilmu dari luar. Jadi, anda boleh belajar elakkan ejakulasi pramatang dengan lebih santai dan tenang.

















Join The Community